Kubur memang masing-masing

5:57:00 PTG

Gambar hiasan

Kubur memang masing-masing.

Tapi..
Tidakkah kau ingat, siapa yang menyambut tika kau lahir?
Kenapa engkau tidak lahir sendirian?
Tidakkah kau ingat, sudah berapa banyak cikgu yang telah berjasa mengajarmu?
Kenapa engkau tidak belajar sendirian?
Sepanjang hidupmu, sudah berapa doktor yang sudah kau temui?
Kenapa kau tidak obati sendirian?

Dan, aku mengingatkanmu, suatu perkara yang kau ketahui...

Setelah mati, engkau tidak mampu memandikan dirimu, tidak mampu mengkafankan dirimu, tidak mampu menggali liang lahad untukmu dan tidak mampu masuk ke kubur tanpa bantu orang lain.

Justeru, kenapa kau masih laungkan "ikut sukalah, kubur masing-masing?"

You Might Also Like

0 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”