Selasa, 3 Januari 2012

Pena Maya

Blog sahabat- teman sekolah. Artikel terbarunya berkaitan projek Al-Quran percuma.


Berkongsi kebaikan amal seorang teman.

Sungguh, saya kagum dengannya, yang bergiat aktif dalam laman maya. Pertamanya, kerana sahabat saya ini rajin menulis. Keduanya, kerana idea-idea kreatifnya digunakan sebaiknya.

Dahulu ketika di kelas, kami sering juga tidak sependapat. Idea-ideanya, saya sering tanggapi umpama idea 'gila'. Cuma satu yang saya kagumi, sahabat saya ini unik dengan caranya tersendiri. Dan, hari ini, selepas 6 tahun meninggalkan alam persekolahan, cara dan ideanya sangat saya kagumi.

Moga terus istiqamah duhai sahabatku, Umar Zakir.

Sila layari blog teman saya ini, Pena Maya. Tulisannya agak panjang bagi sesetegah artikel, kerana bersesuaian dengan nilai manfaat yang terdapat dalamnya.


-----------
[1] Bila 'malas' menulis, ambil jalan mudah dengar berkongsi kebaikan sahabat yang lain. Hehe.

0 maklum balas:

 
"Perjuangan hidupku, Hanya memburu cita yang satu, Dan kebahagiaan, Akan kuburu walau di mana, Walaupun sengsara, Putus asa tiada sekali, Kerna ia adalah, Keredhaan dari Tuhanku, Jikalah Islam di puncak tinggi, Akan kuterus jua mendaki, Jika ia di hujung dunia, Kerna Islam kuterus berjuang,"