Catatan Jaulah Osem #01

12:04:00 PG

Beratur untuk menaiki pesawat ke Surabaya. Kami memilih Batavia kerana agak murah ketika itu.
"Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesanan suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu.."

Berkali-kali lagu ni cuba mengejutkan aku. Sampai habis bateri handphone, tak bangun-bangun juga.

Tiba-tiba junior datang ketuk pintu bilik untuk kejutkan.

Eh, kami ada misi hari ini!

Sepatutnya bertolak ke bandara (airport) jam 3.45 pagi. Tapi, disebabkan bangun terlambat dan barang tak kemas lagi, bertolak agak lewat sikit. Sindrom post-exam membuatkan aku sangat-tersangat-sangat malas untuk berkemas sebelum tidur.

Teksi kuning sudahpun menunggu.

Seperti biasa mahasiswa Malaysia di sini, kami menggunakan perkhidmatan syarikat "Taxi-ku". Sebabnya, bayaran tol akan ditanggung teksi. Boleh jimat sikit!

Selesai mandi dan berkemas, kami bertolak ke bandara.

Jalan lengang. Tak banyak kenderaan. Lama perjalanan dari rumah ke bandara dalam 30 minit jika tidak macet (traffic jam). Tiba di Terminal 1, Bandara Soekarno-Hatta, sahabat-sahabat yang lain dahpun menunggu. Untuk masuk ke kaunter check-in, perlu berbaris panjang. Ramai juga yang sedang bercuti agaknya.

Selesai check-in, solat dan menunggu untuk masa menaiki pesawat.

Kali ni first time aku akan menjejakkan kaki ke Surabaya.

Surabaya- kalau ikut mitos, ianya berasal dari kata Sura dan Baya. Tahu apa tu? Kalau ikut mitos, ianya dari kisah pertempuran Ikan Hiu (Sura) dan Buaya (Baya). 'Gedebe' juga haiwan-haiwan ni, sampai bergaduh lagi.

Jam 6.00 pagi kami berlepas ke Surabaya. Tiba satu jam selepasnya, iaitu jam 7.00 pagi.

Bandara (airport) di Surabaya. Ini keadaan sejurus kami keluar dari tempat pengambilan bagasi.

Bandara di Surabaya rupanya sebuah bandara internasional. Maknanya, boleh menerima pesawat dari dalam dan luar negara. Jadi ada je fight direct dari Malaysia ke sini.

Impresi pertama masa mula-mula sampai ke bandara Surabaya- kelam kabut. Tapi mungkin lebih kurang sama dengan LCCT Malaysia.

Surabaya ni merupakan antara ibu-kota yang besar di Indonesia. Jadi keadaan jalannya memang agak lengkap.

Keluar dari pengambilan bagasi, jenuh nak melayan pakcik-pakcik teksi dan kereta sewa di Bandara. Diorang akan ikut je kita. Serabut juga. Tapi tu la pilihan terakhir kami untuk ke rumah sahabat Surabaya. Mahal juga, dalam Rp 100 ribu, menaiki kereta Luxio.

Di Surabaya kami menginap di rumah sahabat-sahabat Malaysia yang belajar di Institut Agama Islam Negeri (IAIN). Atau singkatan lain, 'Ingat Allah, Ingat Nabi'. hehe. Sempat juga berukhuwah dan mencari ilmu di sana.

Suatu perkara yang best di sana ialah harga makanan yang murah. Nasi berlauk (ayam, ikan dll) boleh didapatkan dengan harga antara Rp 5 ribu hingga 7 ribu. Bahkan jika Rp 7 ribu tu dah boleh makan dengan berlaukkan 2 ketul ayam. Memang sodap dan sesuai untuk orang yang dalam terapi menaikkan berat badan.

Lagi satu, sahabat di sana menyewa rumah dengan 18 bilik tetapi hanya perlu membayar Rp 17 juta untuk setahun! Pergh, kami kat Jakarta, nak cari rumah dengan 6 bilik yang berharga di bawah Rp 25 juta pun sangat-tersangat-sangat susah.

Merancang pengembaraan

Sebelum bertolak ke Surabaya, sebenarnya kami tidak merancang untuk berjalan-jalan. Cuma baru terfikir ketika sampai di sana.

Terfikir-fikir juga tempat mana yang best dan murah. Antara cadangan, Gunung Bromo, Jogjakarta, Pulau Karimunjawa, Pantai Pasir Putih dan Bali. 

Akhirnya bersetuju untuk ke Gunung Bromo dan Jogjakarta.

Usai program pada hari Ahad petang. Jadi, malamnya kami langsung berangkat ke Gunung Bromo. Kami bertolak sekitar jam 9.30 malam menaiki kereta sewa. Alhamdulillah, sampai di sana sekitar jam 1.30 pagi. Perjalanan memakan masa 4 jam tu agak menakutkan terutamanya ketika menaiki gunung. Supir kami dengan slumber-nya drive laju walaupun terdapat banyak selekoh.

"Astaghfirullah.. astaghfirullah, astaghfirullah.."

Istighfar je mampu aku ucap. Dalam hati, 'kalau aku mati time ni sia-sia je..'

Mata pula, tekun memerhatikan supir di sebelah. Kebetulan duduk di sebelah kerusi pemandu, lagi la tak boleh tidur.

Tiba-tiba..

...bersambung.



------
[1] Catatan ini sudah lama 'terperap' dalam draft catatan blog. Belum dapat di publish disebabkan catatan tergantung ataupun dengan kata mudah, kemalasan dan ketiadaan mood. :)

[2] Nanti akan disambung yer. Insha Allah.

You Might Also Like

1 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”