Tadabbur Lagu

1:29:00 PG


Sekuat dan sejujur manakah hati ini Merelakan dia bukannya tercipta untukku Ku selami erti mencintai Berat dan bisa merebahkan Andai tak ku gagahi Kerna cinta itu memberi ▌ Kerna cinta itu peluang Namun bukan lagi buatku Mungkin Tuhan ingin memberitahukan sesuatu ▌ Bagaimana untuk aku terima Kebahagiaanmu itu punya jalannya ▌ Jalannya bukan bersama denganku Dia yang mengenalkan padaku Erti cinta sebenar Dia yang menyakitiku Meski tanpa kehendaknya Sehingga aku sedar segalanya


Ini merupakan salah satu lagu ciptaan Halim dari kumpulan Devotees. Jika lihat pada lirik lagu ni memang sah jiwang! Tetapi, suatu perkara bukanlah dilihat pada apa yang terjadi (tertulis) tetapi bagaimana kita mengambil makna disebalik itu.

Secara literal, memang lagu ini mengisahkan seseorang yang cintanya ditolak. Oleh itu, ia ber-muhasabah kembali. Muhasabahnya untuk mengenal kembali erti cinta, agar mudah untuk ia menerima apa yang terjadi. Umpama melihat sesuatu dengan bird view. Pandangan sekeliling menjadi luas dan hal-hal remeh dapat kita singkirkan. Begitu juga yang tercatat melalui lagu ini. Cinta itu bukan pada aku-cinta-dia dan dia-mencintai-aku. Tetapi ianya luas. Cinta bukan bermaksud memiliki, cinta itu memberi dan pelbagai lagi makna cinta.

Namun, dari perspektif lain, lagu ini boleh juga ianya dirungkai dalam kaca mata dakwah dan tarbiyyah. Kita menjaga hubungan yang baik dengan mad'u, belanja makan, buatkan ia tertarik pada Islam, luangkan banyak masa bersamanya, selalu bertanya khabar dan pelbagai lagi cara kita gunakan. Semata-mata, mahukan ianya menjadi dan bekerja sebagai individu Muslim.

Dengan segala susah payah tadi, adakah respon yang diterima pastinya positif?

Pastinya tidak!

Jalan ini berliku-liku. Pegang erat agar engkau tidak terjatuh.

Sesetengah orang boleh menerima 'cara' kita. Sesetengah menganggap ianya mengongkong bahkan menyibuk. Iya-lah, tiba-tiba ambil tahu hal orang lain. Kata orang muda, "apa celup??"

Respon yang tak memberansangkan perlulah pertamanya, kita istighfar dan muhasabah kembali 'cara' kita. Adakah cara kita selama ini sudah benar? Adakah pendekatan kita mendekati realiti dan bertapak atas suasana semasa? Tidak cukupkah atau terlebihkah pendekatan yang diberikan? Bagaimana adab pertuturan kita semasa mendepani mad'u? Segala-galanya perlu diperiksa kembali. Kita adalah juru-hisab (juru kira-kira) paling utama untuk diri kita.

Selepas diperiksa, ubah cara pendekatan sebelum ini. Ubahkan ianya agar mendekati realiti dan kesesuaian mad'u dan waqi'.

Seterusnya berdoa dan bertawakal pada Allah adalah pelengkap bagi usaha kita. Jangan difikirkan, hanya kerana kelebihan kita yang membuatkan mad'u tertarik. Allah subhanahu wa-ta'ala sahajalah yang mampu membolak balikkan hati seseorang.

Berbalik kepada perspektif lagu di atas, ianya berkaitan cinta.

Kata sang Murabbi, ".. dakwah adalah cinta."

Apabila telah dilabuhkan cinta (baca: dakwah) kita pada mad'u, tidak semestinya ianya akan disambut. Apabila segala usaha dan muhasabah dilakukan, namun tiada reaksi positif, usahlah berputus asa dan berduka cita. Tawakal dan berdoalah kepada Allah. Hidayah itu milik Allah. Dan, kita bukanlah dinilai dari hasil yang telah kita perolehi, tetapi berdasarkan usaha yang telah kita lakukan.

Medan dakwah masih terbuka luas untuk kita. Kalaupun tidak diterima, santunilah ia dengan sebaiknya. Jangan risau, percaturan Allah adalah sebaik-baik percaturan. Perancangan mampu kita lakukan, namun hasilnya tidak mampu kita tetapkan.

Moga kita tertaut dan terikat rapi pada 'cinta' itu.

You Might Also Like

2 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”