Aku Kata Aku

12:52:00 PG




"Aku ni kaya ke?"

"Apa yang aku ada? DSLR, handphone, laptop, duit elaun, pakaian.. Itu je."

"Tu boleh dikira kaya ke?"

"Kalau macam tu, ramai la orang dikira kaya."

"Nampak sangat aku tak kaya."

"Benda yang ada nipun bukan duit aku cari sendiri."

"Ada yang parents bagi.."

"Ada yang JPA bagi.."

"Tapi, sah-sah la aku kena khidmat untuk dia (kerajaan) balik."

"Dah tu, apa je yang betul-betul aku ada?"

"Takda apa-apapun."

"Laaaa.. Aku takda apa-apapun sebenarnya."

"Dengan nikmat yang sikit nipun aku tak mampu bersyukur."

"Asik nak berharap nikmat bertambah lagi."

"Nak beli lens.."

"Nak beli iPad.."

"Nak beli tu.. Nak beli ni.."

"Tak puas betul."

"Padahal nikmat yang sikit nipun aku dah susah bersyukur."

"Bertambah nikmat, haruslah bertambah syukur."

"Tapi, betul ke aku mampu?"

"Err.. (jawab dalam hati)"

"Ooo..."

"Dah tu, sedarlah diri tu yer!"

You Might Also Like

0 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”