Kata Hati

10:38:00 PTG

Kebiasaan tika khutbah Jumaat di Surau atau Masjid sekitar Putrajaya ini, khatib akan membacakan doa kepada Yang DiPertuan Agong (YDPA). Hati kecil ini, sinis mempersoalkan..

"Punyalah ramai yang amiiin-kan doa untuk dia (YDPA), tiap minggu pula tu.. Takkan-lah tak dapat hidayah lagi??"

Agak 'jahat' perasaan yang timbul.

Tapi, bila difikirkan kembali, hati berkata..

"Eleh, ko tu 17 kali sehari duk berjanji dengan Allah, iyya kana' budu wa iyya kanasta'in.. Tapi mungkiri juga! Langgar ikut suka hati!"

Diam. Termuhasabah.

You Might Also Like

0 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”