Rabu, 9 Mei 2012

[Kemaskini] Kolej Matrikulasi KPM

Langkah pertama
Nota: Ini merupakan artikel kemaskini berkaitan matrikulasi. Ianya diubah dari segi gaya bahasa dan susunan berbanding artikel terdahulu.

Melihat statistik blog, ramai pengunjung membaca artikel yang ditulis 3 tahun lepas berkaitan matrikulasi. Bila diteliti kembali artikel tu, rasa tak best pula. Skema!

Oleh itu, saya fikir lebih baik susun kembali ayat supaya lebih 'hidup' dan tetap dapat faham.

Pertama sekali, TAHNIAH buat adik-adik semua yang dapat melanjutkkan diri ke alam pengajian seterusnya. Saya sebut 'adik-adik' kerana kebanyakan antara kalian sama umur dengan adik bongsu saya. Dan, dia juga insha Allah akan ke kolej matrikulasi Mei ini.

Kehidupan matrik sebenarnya best!

Dapat rasa suasana baru. Kenalan baru. Subjek tak banyak. Bebas untuk belajar bila-bila kita suka. Dapat awek baru.. err tu sangat tak digalakkan yer.

Oke, sebab nak ringkas. Malas ayat berjela-jela. Saya buat dalam bentuk soal-jawab.

Ada berapa Kolej Matrikulasi KPM kat Malaysia?
Banyak! haha. Tapi antaranya, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah, Labuan, Pahang, Johor, Melaka, Pulau Pinang. Selangor merupakan kolej matrikulasi yang baru dibuka. Masa kitorang dulu takda lagi. Gunakan google untuk lawati setiap official website kolej masing-masing.

Pakaian matrikulasi?
Yang dimaksudkan pakaian matrikulasi ni masa kuliah dan tutor sahaja. Masa-masa lain, bebas nak pakai apa. Janji sopan. Matrik taklah strict sangat macam zaman sekolah (asrama) dulu. Ni yang saya dapat melalui laman web KMNS-ku tercinta:

Lelaki
  • Kemeja kosong lengan panjang warna cerah
  • Tali leher yang tidak bergambar
  • Seluar panjang warna gelap (slack) sahaja dibenarkan
  • Tali pinggang tidak melebihi 3cm lebar (kepala tali pinggang yang besar dan berlambang tidak dibenarkan)
  • Kasut kulit / PVC bertutup penuh warna gelap dan stokin
  • Dilarang memakai seluar pendek, seluar jeans, kemeja ‘Hawaii’, baju 'T’, kasut sukan, sebarang jenis selipar atau sandal dan pakaian sukan termasuk pakaian trek
Perempuan
  • Berbaju kurung
  • Blaus berlengan
  • Seluar panjang (slack) / skirt labuh / skirt bawah paras lutut
  • Kasut kulit / PVC bertutup penuh warna gelap (kasut bertumit tinggi tidak dibenarkan)
  • Stokin
  • Pelajar yang tidak bertudung dan berambut panjang perlu mengikat atau mendandan rambut dengan kemas
  • Mewarnakan rambut dilarang sama sekali
  • Dilarang memakai baju ‘T’, seluar jeans, skirt pendek, baju tanpa lengan/singkat/ketat/jarang

Subjek yang diajar?
Zaman kalian dah berbeza dengan kami. Dahulu kami hanya ada 2 aliran sahaja bagi jurusan Sains iaitu Sains Hayat dan Sains Fizik. Tetapi untuk sistem sekarang, terdapat 3 aliran (modul). Dibawah ini saya sertakan jadual modul dan subjek teras yang diajar.


Modul IModul IIModul IIIPerakaunan
MatematikMatematikMatematikMatematik
KimiaKimiaKimiaPerakaunan
FizikFizikBiologiPengurusan Perniagaan
BiologiSains KomputerSains KomputerEkonomi


Sebenarnya, terkejut bila tahu ada modul baru. Gilalah! Buat apa ambil Biologi dan Fizik sekaligus. Buat penat badan je. haha.

Yang disenaraikan di atas adalah subjek teras. Bermakna, subjek tersebut akan kalian pelajari dalam semester 1 dan 2.

Selain tu, ada juga subjek wajib iaitu Bahasa Inggeris, Dinamika Kemahiran, Pendidikan Islam dan Moral serta Kokurikulum. Untuk subjek wajib ini, kalian hanya belajar satu semester sahaja. Contohnya, Dinamika Kemahiran dan Kokurikulum untuk semester 1 sahaja; Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam/ Moral untuk semeter 2.

Macam mana nak pilih modul?
Setahu saya, modul sudahpun ditetapkan oleh pihak Matrikulasi berdasarkan keputusan SPM. Akan tetapi, boleh je kalau nak mohon pertukaran jurusan nanti.

Tetapkan, matlamat kalian dengan jelas dan teliti, kemudian ambil hanya modul berkaitan. Jika memang benar mahu menjadi pelajar Sains Kesihatan (Perubatan, Jururawat dan lain-lain), buat apa menyusahkan diri mengambil subjek Biologi dan Fizik sekaligus? Jika mahu menjadi jurutera, tak perlu ambil Biologi.

Matrikulasi ni berapa tahun sebenarnya?
Ada dua program iaitu Program Satu Tahun (PST) dan Program Dua Tahun (PDT). Daripada nama programpun dah boleh tahu berapa tahunkan? Untuk PDT, biasanya mereka akan mendaftar lewat berbanding PST.

Buku apa pakai kat sana?
Pasal buku ni, rileks dulu. Nanti masa kuliah dan tutor cikgu akan bagi tahu. Cuma bagi pelajar Biologi, buku yang menjadi 'kiblat' utama adalah Campbell. Tebal dan mahal. Tapi sangat disarankan untuk beli (beli bila dah masuk matrik, sebelum tu jangan beli lagi).

Untuk semua subjek ini sebenarnya terdapat beberapa buku rujukan khas bagi pelajar matrikulasi.Untuk tutor, buku akan disediakan oleh pihak matrikulasi. Jadi tak perlu risau.

Jadual macamana?
Kalian akan ada kuliah dan tutor. Itu sahaja. Kuliah- gabung antara semua kelas (praktikum) dan tutor pula hanya satu praktikum sahaja. Kuliah tempat dapat pembelajaran manakala tutor sesi pemahaman (latihan dan soal-jawab).

Makan minum kat sana?
Ada kafe setiap blok asrama. Jadi beli je la! haha.

Elaun dapat berapa?
Dulu (batch 2007/2008) kami dapat RM 1000 je satu semester. Sekarang akan dapat RM 1250 satu semester. Elaun ni akan dapat bila dah selesai isi dan tanda tangan surat (borang) perjanjuan.

Kena buka bank tak?
Ya, perlu. Sebab elaun akan dimasukkan melalui bank. Jenuh la nak bagi cash sorang-sorang. Matrikulasi dahulu kami menggunakan Bank Simpanan Nasional (BSN). Sila rujuk panduan pendaftaran. Pasti ada di situ. Adik saya yang akan memasuki Kolej Matrikulasi Selangor perlu membuka Bank Rakyat.

Boleh balik berapa kerap?
Tergantung matrikulasi. Ada yang membenarkan seminggu sekali. Ada pula yang membenarkan sebulan sekali.

Itu saja setakat ni. Habis idea nak tulis dah. Jadi, sila tanya.


---------
[1] Saya memohon untuk menjadi fasilitator nanti. Tak tahulah dapat ke tidak.
[2] Matrik best! Tapi jangan main-main sangat dah la. :D

18 maklum balas:

incik berkata...

sesetengah matriks makan kat dewan makan..kalau tak salah yang nama matriks tu kolej mara..

Tyra Waren Zulkepli berkata...

saya bakal ke kmns jugakk tahun ni!
tapi nak tanya, Dinamik Kemahiran tu camna?

farid ramli berkata...

Haha Tahniah! :)

Dinamika Kemahiran tu belajar mengenai etiket. Jadi nanti korang akan belajar cara makan terutama dalam majlis-majlis tertentu, cara bercakap, cara berjalan, cara berpakaian.. macam-macam juga la.

Akhir sekali akan diadakan majlis makan malam. Kira kat situ akan dinilai dari segi cara urus majlis, cara makan, protokol dll. Tak susah la. Dulu dalam kelas ni tempat untuk tidur. haha (sila jangan tiru) :D

ENA SHOP berkata...

saya pelajar matrikulasi perak batch 2011/2012..best..sape nak beli buku matrik terpakai leh kunjung blog sy enashop.blogspot.com
waktu batch sy syllabus bg sbjek maths,chemistry,bio n fzik dh tukar..so klau cth kertas soalan,leh email sy iza_hino@yahoo.com

Tanpa Nama berkata...

assalammualaikum , saya nak tanya ! Adakah boleh saya nak tukar course sains ke akaun apabila saya masuk matrik nanti ?
Kalau boleh , adakah saya boleh terus belajar dalam aliran akaun atau saya kena tunggu dalam beberapa minggu dulu dalam aliran sains untuk pihak pentadbir memprosesnya ?

farid ramli berkata...

Waalaikumussalam wbt,

Masa saya dulu, saya dapat Sains Fizik (sebab memang result SPM Fizik lagi oke daripada Bio). Tapi, saya minta tukar ke Sains Hayat. Boleh je. Untuk Akaun tukar ke Sains kurang pasti. Rasanya boleh je. Cuba telefon kolej dan tanya.

Ieta Mohamed berkata...

Saya nk tanya..macam mana kita nak tahu dapat modul apa?

ZacK berkata...

Sy dpt twaran ke KMPh(PST) 27 Mei nie, sy tk sedia mnerima twran dsbbkan mnunggu keptsn UPU... So, mcmne nk thu kite kite dlm jrusan ape either sains hyat or fizikal sedngkan dinytekan di stu jnye SAINS..

farid ramli berkata...

Maaf, kurang pasti bagaimana pemilihan modul sekarang ni. Sama ada sudah dipilih oleh pihak kolej ataupun kalian diberi pilihan nanti. Untuk mudah, rasanya telefon langsung pihak kolej.

Saya masuk kolej dulu tahun 2007, sekarang dah 2013. Dah kurang lebih 6 tahun berlalu (tua pulak rasa haha), jadi mesti banyak berubah.

Untuk yang dapat Matrikulasi, cadangan saya, pergi je dulu. Belum tentu anda akan dapat UPU nanti. Dan belum tentu anda akan dapat jurusan UPU yang anda nak. Ada je kes, orang tolak Matrik dan tak dapat UPU. Tapi ni cadangan je ye. :)

Masa matrik dulu ramai je kawan-kawan yang keluar matrik lepas dapat UPU ataupun dapat tawaran biasiswa MARA/JPA.

yana berkata...

Salam.Saya dapat matrik pulau pinang.acam mane pulak?dengar cerita kene buad medical check up. Perlu ke?

farid ramli berkata...

Wsalam,

Dah dapat surat tawaran? Baca je surat tu, dokumen2 yang diminta ada dia sebut. Kalau ada, kena la buat. :)

Niesa Aziz berkata...

as salam.. saya akn masuk matrik kelantan bulan 5 ni. nak tanya susah ke nak dpt 4 flat? n cara belajar kat sana stress kan? tapi kenapa ramai ckp best. pelik lah.

Muhammad Hanif berkata...

Best...x susah pon nk dpt 4 flat..asalkn usaha yg gigih..hahaha

farid ramli berkata...

Nak dapat 4 flat? Saya tidak dapat 4 flat jadi kurang tahu. Cuma dari pengalaman lihat rakan-rakan yang lain;
- Belajar sebelum kuliah.
- Pastikan ada buku text book. Jangan kedekut belI buku. Cuma kalau tak mampu, boleh pinjam di perpustakaan. Contoh text book penting untuk Biology- buku Campbell. Memang tebal dan sedikit mahal. Tapi best baca.
- Buat tugasan-tugasan tutorial. Kalau tak tahu tanya rakan. Kalau mereka taktahu, pergi bilik pensyarah tanya mereka. Pengalaman saya dulu, pensyarah sangat welcome kalau kita jumpa mereka untuk bimbingan.
- Aktifkan diri dalam tutorial. Saya dulu banyak belajar masa tutorial. Kalau pensyarah suruh present, buat je. Tu boleh induce kita untuk belajar.
- Rutinkan tiap hari kena belajar. Bukan masa nak dekat ujian je belajar.
- Selalu ke perpustakaan, rujuk banyak-banyak text book yang ada dan buat nota. (Dilarang pergi sebab nak bercinta atau berborak, memenuhkan ruang je nanti) :)
- Kalau nak dekat ujian, buat soalan pastyear banyak-banyak. Sangat membantu. Seriously! haha.
- Rapat dengan member-member Cina. Mereka sangat bersemangat untuk study. Biasanya mereka ada study group sendiri. Kalau member-member Melayu, just buat study group masa nak dekat ujian je. Tu pun banyak berborak. Realiti.
- Dan, paling penting.. enjoy dan suka dengan apa yang kita belajar! Sangat membantu ni. Sebab tak la boring bila baca textbook lama-lama.

Sekian.

Selamat ber-matrikulasi.
:)

ikram long island berkata...

kalau dpt pointer rendah camne?

farid ramli berkata...

Maksud rendah tu berapa?

Jika pointer bawah 2.0 boleh kena drop out. Tapi sangat jarang ada yang kena DO. Yang malas tahap gaban je boleh kena. Kalau datang semua kuliah & tutorial pun dah membantu markah.

Target lah untuk dapat paling kurang 3.5 cgpk. Senang untuk pilih jurusan lepas matrik nanti. Tapi kalau nak ambil jurusan-jurusan macam perubatan, pergigian, farmasi & sewaktu dengannya, kena lah usaha lebih sikit. Paling kurang pointer kena dapat 3.9.

Harap membantu.

Musya Ros berkata...

Baju kemeja kalau ada stripe dibenarkan tak?

farid ramli berkata...

Kalau dulu boleh je.

 
"Perjuangan hidupku, Hanya memburu cita yang satu, Dan kebahagiaan, Akan kuburu walau di mana, Walaupun sengsara, Putus asa tiada sekali, Kerna ia adalah, Keredhaan dari Tuhanku, Jikalah Islam di puncak tinggi, Akan kuterus jua mendaki, Jika ia di hujung dunia, Kerna Islam kuterus berjuang,"