Rancang Percutian

10:29:00 PTG

Rasa bersalah pula meninggalkan blog ini kosong tanpa catatan baru.

Saya dah bercuti hampir 3 minggu dan sekarang berada di rumah. Tak buat apa-apa. Lapang. Goyang kaki. Aneh untuk diri sebab sepanjang bercuti, ini adalah catatan pertama saya di blog. Waktu kuliah, ada je yang nak ditulis. Tapi bila dapat cuti, makin berkurang catatan.

Lemahnya diri.

Jadi, resolusi untuk hari ini adalah- MERANCANG PERCUTIAN! :D

Segala benda perlu dirancang. Nak belajar kena rancang. Nak cutipun kena rancang. Kalau tak, nanti keluar la ayat, "Sepatutnya aku buat benda tu cuti hari tu. Baru untung.." Takpun, ayat "Ruginya aku tak buat benda tu masa tengah lapang.."

Rugi..

Sepatutnya..

Jadi, salah satu resolusinya adalah mengemas-kini blog secara berjadual. Hmm, bagaimana untuk bermula ya? Okeh, mungkin pertama sekali perlu bahagi-bahagikan catatan apa yang nak ditulis. Sebagai contoh, akbar Islami, nasihat, pengalaman dan lain-lain. Lalu, letakkan hari apa akan dipost artikel-artikel tersebut. Contohnya, artikel akbar Islami pada hari Isnin. Artikel nasihat (tazkirah) pada hari Rabu. Artikel pengalaman pada hari Jumaat.

Seumpama kita meletakkan deadline untuk diri kita sendiri. Ini blog kita. Kita penulisnya. Kita editornya. Kita penghiasnya. Kita penyunting. Semuanya kita. Oleh itu, pastinya kalau tak siap deadline-pun tak mengapa. Cuma, kita dah mungkir janji pada diri sendiri je.

Sekian.

-----------
[1] Saya rancang senyap-senyap je. Sebab tu blog ni pun lama senyap. :D

You Might Also Like

0 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”