Bukan Sekadar Solat

6:00:00 PG

[Gambar Hiasan] Masjid ketika pulang beraya pada tahun 2010.


'Panasnyaa... Takda kipas ke?' 

Hati mengeluh, mata mencari-cari kipas di dinding hadapan. 

Tiada. 

Waktu Solat Jumaat adalah waktu ramai jemaah yang akan hadir. Ditunaikan pula ketika matahari tegak terpacak dilangit. Pastinya cuaca sangat panas. 

Ketika pulang, baru sedar terdapat kipas. Tetapi hanya dibahagian tepi dan tak banyak diletakkan.

Hati ini pula tak henti-henti mengkritik masjid. Lebih tepatnya, pengurusan masjid. Tak patut betul punya hati yang cepat mengkritik. Perlu rendam dalam clorox, bilas dan jemur sampai bersih.

Bukan apa. Sebelum ini terdengar daripada sahabat, pengurusan masjid tidak benarkan untuk diadakan sebarang program di masjid tersebut. Ianya agak eksklusif. 

Kecewa hati ini.

BUKAN SEKADAR SOLAT

Fikiran segera teringat akan ta'lim-ta'lim oleh Ustaz Drs Muchlis Abdi yang sangat disayangi. Salah satu pengisian ta'lim beliau adalah mengenai pengurusan dan pembangunan masjid. Ustaz sering mengingatkan, 

"Nadi masjid adalah majlis-majlis pengajian (ilmu) yang dijalankan.."

Saya sangat bersetuju. Ini kerana, jika masjid hanya sekadar tempat bersolat, ianya akan menjadi semata-mata ritual. Jadi, apa beza dengan rumah keagamaan lain? Bahkan, kadang-kadang rumah keagamaan lain lebih advance!

Sebagai contoh, gereja-geraja sering menjalankan kegiatan bakti sosial, pemeriksaan kesihatan, sumbangan makanan dan pelbagai lagi. Sedangkan, sepatutnya kita yang lebih ke depan dalam mewujudkan hal-hal seperti itu!

Masjid bukan sekadar tempat solat. Ianya mempunyai fungsi yang lebih luas!

Cuba membelek kembali catatan nota ta'lim Ustaz Drs Muchlis. Terjumpa nota mengenai fungsi-fungsi masjid. Antaranya:
1. Pusat budaya.
2. Tempat paling banyak disebut nama Allah (pengajian ilmu)
3. Tempat beribadah
4. Tempat istirehat.
5. Pusat dakwah.

Namun yang mengecewakan, kini masjid dibina dengan cukup cantik, tapi sering terkunci. Sebabnya, takut barang dicuri!

Saya masih tertanya-tanya.

Kenapa banyak masjid yang seolah-olah 'mewajibkan' terdapat lampu chandelier, terdapat jam besar, terdapat mimbar khatib yang terlalu besar sehingga mengurangkan ruang solat dan perhiasan-perhiasan yang memenuhi dinding masjid? 

Sedangkan karpet masjid masih usang dan berbau hapak, kipas tiada, pemisahan tempat wudhu wanita kurang terjaga, tandas tidak terjaga dan sebagainya. Ini kerana keselesaan untuk hadir ke masjid lebih bergantung kepada hal-hal sedemikian berbanding hiasan-hiasan tadi.

Dan, akhirnya. Entah kenapa, saya sangat-sangat mencadangkan agar semua masjid WAJIB mempunyai unit atau biro atau apa-apa saja, yang meletakkan peranan pemuda dalam pengurusan masjid. Umpamanya, Unit Pemuda/Belia Masjid. 

Mungkin kerana saya merasakan idea-idea baru dan segar untuk pengurusan masjid masih kurang. Masjid hanya dipimpin oleh golongan tua dan pencen. Bukan semua, tapi sebilangan besar.

Tapi, apa-apapun, setiap daripada kita harus berperan dalam membantu pengurusan masjid. Ianya rumah ibadat kita. Tunjukkan komitmen kita dengan solat berjemaah, hadiri aktiviti-aktiviti di Masjid dan ikut serta dalam pengurusan Masjid.

Jangan hanya apabila orang menghina masjid, baru kita nak bangkit melawan. Sedangkan, wajah kita di Masjidpun jarang kelihatan.

Ingat yer tu Farid!

You Might Also Like

0 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”