Gedung Ilmu

11:05:00 PTG

Perpustakaan Tun Raja Uda, Shah Alam


Perpustakaan.

Teringat lagi ketika di Tingkatan 1 hingga 3. Tempat 'riadah' saya adalah perpustakaan. Nampak macam 'skema', tapi perpustakaanlah tempat riadah bagi budak 'kampung' yang berpindah ke kota canggih- Putrajaya.

Sebelum ini, ketika di Selayang, banyak waktu yang dihabiskan diluar rumah. Buat pondok, panjat pokok, mandi sungai, masuk gaung, curi bola golf dan kebiasaan bagi budak lelaki, main bola. Selayang bukanlah kawasan kampung. Tapi saya menganggap dan menjadikan ianya umpama suasana kampung. Jiran-jiran yang ramah yang bersatu serta surau yang hidup dengan pelbagai aktiviti sangat menyeronokkan.

Tiba-tiba, ketika tahun 2001, kami sekeluarga terpaksa berpindah ke Putrajaya. Bandar canggih yang ketika itu masih lagi tiada apa-apa. Kejiranan baru, rakan-rakan baru, sekolah baru, suasana baru.. Segalanya baru. Aktiviti 'kampung' ketika di Selayang sudah tiada lagi.

Ketika itu barulah dapat mengenali makhluk bernama komputer. Setiap bilik darjah ada komputer. Di makmal komputer lagilah ada.

Dan, kerana komputerlah saya ke perpustakaan. Tujuan utamanya, games!

Saya maksudkan perpustakaan bukanlah perpustakaan sekolah. Tapi perpustakaan kejiranan di Presint 8. Lebih kurang 300 meter daripada rumah ketika itu.

Untuk menggunakan komputer, kadang kala terpaksa mengambil nombor giliran. Sementara menunggu giliran, terpaksalah pergi ke ruang bacaan. Ambil buku, baca sikit, letak. Ambil lagi, letak. Buku paling diminati ialah buku yang penuh dengan gambar. Contohnya buku Rekod Dunia dan National Geographic.

Tapi, alhamdulillah, walaupun keikhlasan untuk membaca buku ketika itu masih tiada, tapi suasana dikelilingi buku membuatkan saya perlu membaca juga. Ketika itulah saya mengenali dua nama ulama yang sangat diminati, Imam al-Ghazali dan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi.

Khazanah-khazanah ilmu di perpustakaan sangat banyak. Buku-buku pelbagai genre, semuanya boleh dicari.

Oke, atas tu muqadimah je. :)

Sebenarnya nak bercerita mengenai Perpustakaan Tun Raja Uda yang terletak di Shah Alam. Sebelum ini pernah terlihat ramai yang berkongsi kecanggihan perpustakaan ini. Jadi, sewaktu bercuti tempoh hari, sempat untuk melawat salah satu gedung ilmu kebanggaan negeri Selangor itu.

SESAT

Bagi mereka yang baru pertama kali ke perpustakaan ini mungkin akan sesat. Ini kerana, terdapat dua bagunan Perpustakaan Tun Raja Uda.

Oleh kerana rutin saya ketika cuti adalah menjadi supir kepada adik yang belajar di UiTM Shah Alam, jadi selalu berkesempatan untuk meng-explore sekitar Shah Alam. Sempat beberapa kali melewati bagunan yang bertulis Perpustakaan. Jadi cuba untuk singgah sebentar. Cuma dalam hati ketika itu, "Betul ke bangunan ni? Nampak buruk je.."

Sampai je di sana, seorang makcik bertanya, "Dik, tahu perpustakaan baru kat mana tak?"

Err, pelik. Dah parking kereta. Dah ada depan bagunan perpustakaan. Kenapa pula makcik tu tanya perpustakaan kat mana.

Rupa-rupanya, bagunan tersebut adalah bangunan lama. Perpustakaan dahpun dipindahkan ke Kelab Golf di Seksyen 13. Keesokan hari barulah mencari semula. Bagi yang pertama kali mahu ke sana, cari Kelab Gof Sultan Abdul Aziz, masuk dalam tu, baru jumpa. Kedudukannya agak tersorok sedikit. 

Banyak sebenarnya kelebihan perpustakaan ini. Ianya dibina dengan kos yang berpatutan, tetapi menyediakan kemudahan yang sangat menarik.

Untuk tahu kemudahan yang ada, boleh  layari laman web PPAS dan facebook rasmi. Saya tak reti nak buat review, jadi untuk mudah, lihat video kat bawah ni. Hehe.



Paling menarik di perpustakaan ini, apabila waktu solat akan kedengaran pengumuman,

"... sekarang telahpun masuk waktu solat fardhu Asar, para pengunjung di jemput untuk solat berjemaah di lantai.."

Sejuk rasa hati. :)

You Might Also Like

0 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”