Mengaku-ngaku

5:16:00 PTG

Ketika isu peperangan di Palestin melanda, kita melihat banyak Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang hadir menghulurkan bantuan. Malah, dikalangan parti politik juga sudi menghulurkan bantuan. Ianya suatu yang wajar dipuji.

Namun, disebalik itu, muncul pula kalangan mereka ini yang cuba menjadi juara bagi isu Palestin. Seolah-olah merekalah yang paling prihatin akan isu Palestin.

Sangkaan aku, isu ini hanya melanda di Malaysia sahaja. Malangnya, ianya juga berlaku di sini. Ketika ada yang menyebut, "usrah kami la yang kumpul duit ni.." atau mungkin, "organisasi kamilah yang kumpul duit ni.." Sangatlah mengecewakan. Sikap mahu menggunakan isu Palestin untuk kepentingan sendiri perlulah diperhalusi, adakah membawa keuntungan atau mudarat.

Aku pula yang terpinga-pinga. Ketika apa yang dibuat tidak kena dengan angin mereka, ianya dikatakan, tidak taat syuro. Akan tetapi, apabila ianya dapat menaikkan nama, mulalah mahu mengakui hal itu milik organisasinya. Walaupun, dalam syuro ianya tidak pernah diperbincangkan.

Isu Palestin haruslah membawa persatuan.
Bukan perpecahan.

You Might Also Like

0 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”