Rabu, 29 Februari 2012

Sedikit Catatan 29hb

Sebelum tanggal 29 Februari melabuhkan tirai, ingin dituliskan sedikit pesanan buat pembaca blog ini. 

Saya insan biasa, penuh kesalahan, penuh kedhaifan. Jika dibuka tabir keaiban diri, pasti semua membenci diri ini. 

Saya bukan orang baik, tetapi ingin menjadi baik dan sukakan orang-orang yang baik. 

Saya pelajar perubatan, tetapi tidak cemerlang. Saya harus membayar nilai yang sangat mahal untuk berjaya. Iaitu dengan lewat setahun memasuki semester klinikal. Anda tidak harus mencontohi saya. 

Saya sangat berharap apa yang saya tulis ini memberi manfaat pada diri saya terutamanya. Bukanlah untuk orang lain. Tetapi jika ada yang dapat mengambil manfaat bersama, silakan. 

Saya belum berfikir untuk menamatkan masa bujang dalam masa terdekat. Saya punyai perancangan masa depan sendiri. Jadi, saya tidak perlu memberi mana-mana 'harapan'. Anda teruskan hidup anda, saya teruskan hidup saya.

Jika merasakan tulisan saya salah, anda wajib menegur saya. 

Sekian.

Sabtu, 18 Februari 2012

Terima kasih!

Quran Infaq- turut mengandungi terjemahan, zikir al-Mathurat, Asbabun Nuzul dan hadith.

Alhamdulillah, dapat sumbangan wang infaq. Cukup untuk membeli 5 buah al-Quran dan terjemahan.

Sangat gembira, kerana ramai yang berbesar hati untuk meng-infaqkan sejumlah wang. Ini baru sedikit sumbangan. Ada 3 orang lagi sahabat yang mahu turut memberi sumbangan. Cuma, takut terlebih pula jumlah Quran nanti. huhu.

Tapi, apa-apapun..

Best!

Kerana ramai yang tahu dan sedar akan pahala yang diperolehi dengan bersedekah. Lebih-lebih lagi, untuk membeli al-Quran.

Kalau sistem Multi Level Marketing, mereka sentiasa gigih mencari down-line. Kerana apa? Untuk mendapatkan wang komisen sebagai sumber pendapatan. Wang adalah nilaian harta di dunia, manakala pahala adalah nilaian 'harta' di akhirat.

Jadi, kita sama-sama buat Multi Level Pahala pula, okeh?! hehe.

Misi menakluk dunia dengan Quran dan Sunnah!

Rabu, 15 Februari 2012

Infaq Quran


Insha Allah, kami akan adakan Quranic Circle (QC) di suatu daerah tidak jauh dari Jakarta. Fokusnya, dakwah dan tarbiyyah berpaksi Quran dan Sunnah. Serta menghidupkan suasana dan persekitaran yang baik (biah solehah).

Oleh itu, kami juga memerlukan bantuan kewangan ataupun sumbangan al-Quran berserta terjemahan. Bagi yang berminat untuk infaq, silakan hubungi saya melalui email: faridramli[at]yahoo[dot]com. Tukarkan [at] kepada @ dan [dot] kepada (.) titik.

Al-Quran berserta terjemahan berharga kurang lebih RM 20 atau Rp 60,000. Tak mahal berbanding pahala amal yang bakal diterima. :)

Sabtu, 11 Februari 2012

Hijab


Ternampak seorang rakan berkongsi ayat ini di Facebook.

Cari gambar melalui google, tambah ayat, dan edit menggunakan picasa, paint dan pixlr-o-matic.

Saya tak reti menggunakan photoshop. Jadi ini sajalah hasilnya.

Untuk gambar lebih jelas, jemput ke tumblr saya.

http://faridramli.tumblr.com/

:)
 
"Perjuangan hidupku, Hanya memburu cita yang satu, Dan kebahagiaan, Akan kuburu walau di mana, Walaupun sengsara, Putus asa tiada sekali, Kerna ia adalah, Keredhaan dari Tuhanku, Jikalah Islam di puncak tinggi, Akan kuterus jua mendaki, Jika ia di hujung dunia, Kerna Islam kuterus berjuang,"