Paksi yang sama

9:05:00 PTG

Teringat saya, kira-kira sewaktu Tingkatan 3. Ketika itu, buku yang saya gemari antaranya adalah buku-buku tulisan Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi. Saya pernah terbaca buku Syeikh al-Qaradawi yang berbicara mengenai Islam Liberal. Di awal buku, Syeikh al-Qaradawi bertanya dahulu mengenai apakah golongan ini (Islam liberal) beriman akan Allah dan Rasul-Nya.

Kenapa ditanyakan mengenai keimanan?

Sebab utama yang dapat saya ambil, kerana sebelum berbicara mengenai sesuatu perkara, haruslah kita punyai paksi yang sama. Supaya, apa yang akan dibahaskan nanti tetap berpaksikan panduan yang sama. Tidaklah perbahasan itu tiada hala hendak dituju.

Persamaan ini juga yang perlu saya bahaskan dalam artikel ini, sebelum berganjak kepada artikel seterusnya.

Saya ditanyakan oleh beberapa orang sahabat mengenai Festival Malaysia dan pengisiannya. Yang dimaksudkan sebagai Festival Malaysia adalah ianya suatu program yang menghidupkan budaya Malaysia dan sekaligus  memperkenalkan kebudayaan Malaysia kepada rakyat luar.

Saya akui, sayalah antara yang awal terlibat dalam festival ini. Walaupun, tujuan yang ingin saya bawakan adalah berbeza. Namun, mahu atau tidak mahu, perlu saya akui kesilapan tetap ada dalam 'mencontohkan' festival ini kepada generasi pelapis.

Berbalik kepada perbincangan mengenai paksi yang sama di atas. Sebelum kita berbicara mengenai hal-hal lain, haruslah ditanyakan, adakah kita beriman kepada semua rukun iman dan adakah kita bersetuju menjadikan al-Quran dan hadith sebagai panduan utama hidup kita?

Ini sangat penting. Jika kita beriman, kita akan akur. Kita mudah berdiskusi dan mudah menerima pendapat. Ianya bukanlah soal adakah ianya halal atau haram. Ia lebih daripada itu. Tugas menghukum kita serahkan kepada Allah. Kita hanyalah penyampai.

Insha Allah, jika berkesempatan, akan saya sambung mengenai Festival Malaysia dan catatan akan datang.

Kerana, saya juga bersetuju dengan Festival Malaysia.

You Might Also Like

0 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”