Selesai dan bermula

4:03:00 PG

Alhamdulillah..

Akhirnya, lulus 30 blok dan 160 SKS. Tanggal 5 Mac kelmarin sudahpun diumumkan. Makanya, berakhir sudah tahun teori dalam pengajian perubatan. Alhamduillah. Walaupun, seharusnya waktu yang ditetapkan bagi tempoh pengajian teori adalah 3½ tahun. Aku sudahpun terlewat setahun. Orang kurang bijak perlu belajar banyak dan lama sikit, mungkin. :)

Apa-apapun, 13 Mac ini akan mula mengikuti sesi Kepaniteraan Dasar (Padas). Bermakna sekitar 3-4 minggu kami akan diberi persediaan bagi mengikuti tahun klinikal.

Semoga dengan masuknya tahun klinikal ini, menjadikan diri ini lebih bersyukur.
Semoga syukur ini melahirkan amal yang istiqamah.
Semoga segalanya dipermudahkan.

Perjalanan ini masih panjang.

Yang aku cari, hanyalah keredhaan-Nya.

You Might Also Like

0 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”