Sungguh pfft

3:08:00 PG

Klik gambar untuk lebih jelas
Dahulu saya pernah berniaga telekung secara atas-talian (online). Untuk mudahkan berniaga, buatlah satu emel melalui gmail. Tapi, tak semena-mena, blogspot menyambung emel gmail tersebut kepada profil di blosgpot. Dan tiba-tiba, emel tersebut yang dipilih menjadi emel utama (primary email). Sekarang, tak boleh nak ubah dah emel utama tersebut. Emel yang digunakan masa awal-awal menggunakan blogspot (faridramli[at]yahoo[dot]com) dah pun menjadi emel kedua. Emel utama perlulah emel menggunakan domain gmail.

Cara lain untuk ubah emel utama pada blog ini adalah dengan buat emel baru menggunakan gmail, tambah alamat emel tersebut (yang baru tadi) sebagai penulis (author) blog ini. Setelah selesai, buang penulis yang lama. Tapi, profil blogger sudahpun dianggap profil yang baru. Bermakna, profil farid ramli yang anda lihat dibahagian kanan blog ini akan tetap dengan emel telekung[dot]comel[at]gmail[dot]com. Sadis sungguh.

Leceh.

Entah la anda faham atau tak.

Layan je la.

You Might Also Like

0 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”