Wahai yang mahu berkempen- Jaga lidahmu!

5:49:00 PTG

Agar lidah tidak mengundang bencana


Pilihanraya Umum Kali Ke-13 akan berlangsung kurang dari sebulan. Tempoh ini merupakan tempoh getir untuk semua jentera politik dari semua parti untuk berkempen memenangi hati pengundi. Jika kita buka facebook, pastinya penuh timeline dengan status-status dan foto berkaitan politik.

Namun, yang sedihnya, sesetengah golongan berpolitik seolah-olah tidak beragama dan tidak bertuhan. Mulut dan tangan lantang menulis serta mengatakan sesuka hati tanpa mengira apa kesannya. Sedangkan, bagi orang beriman (mukmin), pastinya beliau sedar setiap butir patah kata yang dituturkan dan ditulis pasti akan dipersoalkan kelak. Neraca dosa dan pahala pasti ada. Dan, balasan pada hari akhirat juga PASTI ada. Hanya jika, kita beriman dengan semua itu (Allah dan hari kiamat).

Saya membuka beberapa kitab yang berbicara mengenai adab bertutur kata. Tercari-cari manakah yang sesuai untuk dikongsi dengan sahabat-sahabat di facebook. Dan, akhirnya saya berjumpa dengan bab Bencana Lidah dalam Kitab Mukhtasar Minhajul Qasidin karya al-Imam Ibnu Qudamah.

Pada muka depan kitab yang ada pada saya ini (terbitan Pustaka Al-Kautsar) menyebut kitab ini berjudul Minhajul Qasidin. Tetapi pada isi dalamnya, ia menjelaskan bahawa kitab ini adalah Mukhtasar (ringkasan) daripada Minhajul Qasidin karya al-Imam Ibnul Jauzi.

Kitab yang sangat baik untuk saya dan insha Allah anda semua. Banyak lagi rupanya kitab (buku) yang kita tak baca. Bermakna seharusnya kita tak punyai banyak masa lapang. Kita perlu membaca dan berkerja.

Di bawah ini saya lampirkan sedikit ringkasan bencana-bencana yang wujud daripada lidah yang tidak dijaga. Ianya perlu kepada penjelasan lebih lanjut dengan membaca sendiri.
  1. Perkataan yang tidak dibutuhkan.
  2. Melibatkan diri dalam kebatilan, yaitu ikut dalam pembicaraan tentang kedurhakaan.
  3. Banyak bicara dan memaksakan diri dengan kata-kata bersajak.
  4. Bicara keji, suka mencela dan mengumpat.
  5. Bercanda
  6. Mengejek dan mengolok-olok.
  7. Membocorkan rahasia, melanggar janji, berdusta dalam perkataan dan sumpah.
  8. Ghibah (menggunjing).
  9. Mengadu domba
  10. Perkataan dengan dua lidah di hadapan dua orang yang saling bertengkar
  11. Kata-kata pujian
  12. Kesalahan dalam menjelaskan maksud perkataan yang berkaitan dengan masalah agama, apalagi yang berkaitan dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Semoga kita dapat menyelamatkan lidah kita daripada mengundang bencana.

Allah knows best.

P/s: Pada muqadimah kitab ini dijelaskan juga mengenai Kitab Ihya' Ulumuddin yang mana berlaku perbedaan pendapat antara Imam Ibnul Jauzi dengan Imam al-Ghazali. Sebagai penutut ilmu (tholabul 'ilmi), kita tidak mencampuri hal yang kita tidak kuasai. Perbahasan antara kedua ulama' tersebut tidak harus menyebabkan kita mencerca salah satu daripadanya. Mereka dah banyak berjasa pada ummah, apa jasa kita?

You Might Also Like

0 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”