Pilihan sebelum peluang

12:16:00 PG

Ketika kita masih lapang, masih banyak waktu terluang, kita diberikan PILIHAN, sama ada duduk di rumah ataupun ikut serta dalam majlis-majlis ilmu.


Sedangkan, ketika kita sibuk, kita tidak diberikan pilihan. Mengikuti majlis-majlis ilmu hanyalah apabila kita punyai PELUANG.

Waktu sibuk dan lapang akan datang silih berganti.

Sama ada ketika kita masa di semester pra-klinikal ataupun di semester klinikal. Sama ada ketika masih bergelar mahasiswa ataupun setelah berkerja. Sama ada ketika bujang ataupun sudah berkeluarga.

Ada waktunya, kita sibuk. Dan, ada waktunya kita lapang.

Ketika sibuk, musuh utama kita ada waktu yang sangat mencengkam serta memerlukan tenaga yang banyak.

Sedangkan ketika sibuk, musuh utama kita adalah diri kita sendiri. Kita akan lebih suka bertangguh. Dialog, ".. ala nantikan boleh pergi lain masa.." akan muncul. Perlukan masa untuk diri sendiri, masa 'berehat' dan sebagainya.

Oleh itu, dalam dua keadaan ini, Allah jadikan kita tetap punyai ujian. Bukankah orang yang mengaku beriman itu perlu diuji?

Justeru, pilihlah PILIHAN yang terbaik dan gunakan PELUANG yang ada semaksimalnya.

You Might Also Like

0 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”