VII

10:45:00 PTG

Teringat pesanan Tuan Haji Subky Abdul Latif beberapa tahun lepas. Beliau berkata, untuk mahir menulis, kita perlu banyak menulis dan tulislah apa sahaja yang kita rasakan. Barulah tulisan kita itu mampu membuah makna dan bermanfaat bagi orang lain.

Mungkin anak muda kurang mengenali, siapakah insan bernama Subky Latif ini. Beliau merupakan seorang wartawan politik tersohor dalam negara ini. Beliau pernah bertugas di Utusan Melayu, Suara Rakyat, Suara Merdeka, Harian Watan dan Harakah.

Beliau juga aktif terlibat dalam politik dan pernah menjawat jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan.

Sebagai mahasiswa tajaan kerajaan, serba salah saya untuk mencerita kisah sosok ini. Kita terbuka di luar tetapi tertutup di dalam.

Tuan Haji Subky Latif ini memang merupakan wartawan dan ahli politik. Tetapi, disisi lain, beliau juga merupakan ayah kepada sahabat saya, Ramadhan. Kami berkenalan sewaktu beliau belajar di Universitas Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah, Jakarta. Ketika itu, saya masih lagi aktif berpersatuan dan beliau banyak membantu saya. Walaupun, baru saya sedar, saya tidak memberi apa-apa jawatan untuk beliau.

Sekarang, sahabat saya ini telahpun pulang ke Malaysia dan dikenali dengan panggilan Imam Muda Adan setelah menyertai program realiti TV Imam Muda. Kami masih berhubung dan beliau beberapa kali pernah ziarah ke rumah.

Oleh itu, walaupun yang saya ceritakan mengenai seorang ahli politik oposisi, bagi saya ianya bukanlah suatu kesalahan. Malah politik itu tidaklah harus bermusuh dengan mahasiswa. Kepada politikus kerajaan, terpulanglah apa pandangan anda. Saya tiada tanggungjawab atas apa yang anda ikuti.

Berbalik kepada perkara pertama yang saya sebutkan di atas, saya perlu menulis. Biarpun tiada idea, saya perlu menulis. Mencipta suasana untuk belajar. Belajar melalui penulisan.


*******************

Sekarang, minggu pertama stase Ilmu Penyakit Kulit dan Kelamin di Rumah Sakit Husada. Alhamdulillah, masih di Jakarta. Dalam keadaan poket kering sekarang ini, stase luar kota pastilah suatu yang tidak best. Jika stase di luar kota, perkara paling tidak enak kerana harus menyewa bilik (disini dipanggil kosan) lagi. Bermakna dalam sebulan, perlu membayar dua sewa-an iaitu satu di Jakarta dan satu lagi di luar kota.

Contohnya; bilik saya sekarang ini sewa bulanannya sebanyak Rp 540,000 (jika diluar kota) perlu ditambah pula dengan sewa bilik di tempat posting yang baru. Harga sewa bilik berbeza-beza mengikut tempat. Ada yang murah iaitu sekitar Rp 550,000. Namun ada juga yang hampir Rp 1 juta. Jadi jika kita ambil pertengahan/ mean/ rata-rata, jumlah sewaan bilik dalam sebulan Rp 540,000 + Rp 750,000 = Rp 1.29 juta. Banyak wang yang harus dibelanjakan.

Kulit dan Kelamin.

Apa yang menarik? Saya sendiri tidak tahu. Saya kurang gemar dengan bidang ini ketika semester pra-klinikal. Oleh itu, banyak yang perlu dipelajari kembali. Cuma yang pasti, kebanyakan Pakar Kulit yang saya temui, pasti cantik. Hehe. Mungkin kerana ini merupakan bidang mereka, jadi mereka lebih mengetahui dan mengaplikasikan pada diri.

Apa-apapun, semoga dipermudahkan sepanjang stase ini.

Dan, yang paling penting, moga segala ilmu yang dapat ini diniatkan HANYA KERANA ALLAH dan bermanfaat untuk hari kemudian.

Insha Allah.

You Might Also Like

0 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”