Fokus I

8:35:00 PG

Ketika libur Maulid ar-Rasul kelmarin, terfikir untuk adakan bacaan hadith mengenai Nabi صلى الله عليه و سلم. Sejujurnya, saya tidak tahu bagaimana ianya harus diadakan. Cuma yang saya tahu, itulah majlis yang mudah dan ringkas. Tidak perlu ramai orang, promosi dan sebagainya. Jadi, saya ajak seorang sahabat.

Dan, saya hanya fikir ianya tidak ubah seperti kelab bacaan (reading club). Sebabnya, nak tunggu saya baca sendiri, lambat nak habis satu buku. Bila ada teman, mungkin lebih mudah. Begitulah impiannya.

Saya bercadang untuk adakan bacaan Kitab Syamail Muhammadiyah karangan Imam at-Tirmidzi. Pernah beberapa tahun lepas saya tulis di dalam blog, saya mahukan kitab ini.

Tapi, masalahnya. Saya dan sahabat saya tiada kitab ini. Tanya pada sahabat yang lain, katanya ada di rumah di Malaysia. Hampa.

Cari di Rumah Islam juga tiada. Biasanya kami kumpulkan koleksi buku-buku di rak ruang tamu. Mudah untuk berkongsi bahan bacaan pada yang lain. Hampa lagi.

Akhirnya, hanya jumpa format e-book di internet. Itupun meragukan dari segi terjemahan dan tidak lengkap. Maka, tak jadilah impian ini.

Salah diri sendiri juga.

Saya tulis di blog ini mahu dapatkan buku Syamail Muhammadiyah.

Tapi cuma sekadar tulisan. Saya tidak berusaha membelinya selepas bertahun-tahun. Kata orang sini, "jangan cuman ngomong doang.."

Itulah. Tidak fokus. Tidak pernah susun rapi apa yang harus dibeli terlebih dahulu, apa yang kemudian. Buku di rumah ini pun masih banyak belum dibaca. Buku orang lain juga yang saya baca. Itupun sedikit-sedikit.

Peringatan buat diri sendiri,

FOKUS!

*Membebel pada diri sendiri. Adeh.*

You Might Also Like

0 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”