Krisis MB: Bukan Muslim Brotherhood

11:36:00 PTG

Hasil carian di Malaysiakini mengenai krisis MB Selangor

Agak sukar untuk tangan ini tidak menulis mengenai apa yang terjadi di tanah seberang. Mata yang membaca dan telinga yang mendengar ini tidak boleh diam. Merasakan, "..aku perlu komen something."

Sudah lama menghindar diri daripada terlibat memberi komen ataupun pendapat mengenai situasi politik Malaysia. Saya minat politik hanya kerana sifat Muslim itu memang berpolitik. Politik yang dimaksudkan bukanlah dari perspektif sempit; Partisan.

----------------------
Saya mengikuti isu MB Selangor sedikit demi sedikit sejak sebelum 1 Syawal. Mulainya nampak menarik. Namun, hujung pangkal daripada isu ini- Kajang Move, tidaklah saya ikuti. Malas. Masih samar dan terlampau luas tafsirannya dengan takwilan serta sangkaan. Tiada siapa yang tahu pasti kenapa ianya berlaku. Cuma dua garis besar yang kita sering dapat; 1) Menyelamatkan karier politik DS Anwar Ibrahim, dan 2) Peralihan kuasa MB Selangor akibat pertikaian dalaman.

Dan, saya juga mengikuti Facebook Dr Mohd Zuhdi Marzuki sejak sebelum isu ini timbul. Saya mengenali beliau hanya sekadar think tanker PAS. Saya hormati pandangan beliau kerana beliau merupakan ahli akademik dan mempunyai logik yang dapat diterima akal. Walaupun, kadang-kadang terdapat pendapat yang saya tidak setujui.

Apa yang saya dapatkan secara ringkas:-

  1. Perbincangan tertutup (sulit) dalam parti haruslah dihormati, terutama oleh rakan Pakatan Rakyat yang lain. Oleh itu, menyebarkan isi perbincangan adalah suatu kesalahan besar dan haruslah dikecam.
  2. PR haruslah menghormati usulan yang tersebar melalui printscreen tersebut. Kerana ianya merupakan pandangan peribadi Dr Mohd Zuhdi dalam mesyuarat. Ianya bukanlah keputusan. Menghalang usulan bermakna menyekat kebebasan memberi pendapat; seperti yang mereka sering perjuangkan.
  3. Printscreen tersebut hanyalah sebahagian, malah hanya beberapa potong daripada isi kesemua perbincangan. Menanggapi isu itu seolah-olah mempamerkan ketidak-matangan mereka dalam berpolitik.
  4. Terdapat banyak miscommunication dalam situasi ini. Mereka tidak duduk berbincang. Tetapi, mereka mengeluarkan keputusan. Sama sahaja semua, PKR, PAS dan DAP. Media lah medium mereka ber-"pakatan" sekarang ini.
  5. Ahli-ahli politik PR masing-masing mahu mengeluarkan kenyataan. Dan, kelihatan mereka tidak ubah seperti peng-komen (maafkan saya DBP) di Facebook. Hanya sekadar mahu membuka mulut walaupun perjalanan krisis ini banyak yang mereka ketinggalan.
  6. Saya hanya berharap PR (jika masing bergabung) akan gagal meraih majoriti dalam PRU akan datang. Krisis ini melesukan rakyat. Dari segi politik, ekonomi dan sosial. Selesa membuatkan mereka lupa.

Sekian pandangan saya yang jahil. Bukan mahu dibaca, cuma mahu menulis.




AHMAD FARID ASYRAF BIN RAMLI
 31 Julai 2014; 11:30 PM
Tanjung Duren Selatan, Jakarta Barat

You Might Also Like

0 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”