Filem

10:18:00 PG


Filem.

Banyak idea bawah sadar yang mereka sampaikan.

Menjadikan cara fikir dan nilai yang mereka fahami itu meresap dalam fikiran penonton. Filem bagi kita sepele. Bagi mereka, ada satu mesej yang ingin disampaikan.

Plot hanya pakaian. Dan mereka bijak dalam menata pakaian yang cantik. Sekarang ini tidak aneh wujud sahabat/teman kita yang fikirannya sangat "terbuka". Idea kritis "kenapa perlu beragama" bukan lagi taboo. Malah mencabar dan mencaci konsep ketuhanan juga mudah.

Paling malang, nilai-nilai dalam neraca kehidupan juga mulai senget.

Aku mencari celah mana yang mereka lewati membuatkan "kita" seperti hari ini. Yang aku temui internet dan satu lagi, bernama filem. Membebel mengupas hikmah filem dan memandu pola fikir anak mungkin sangat perlu.

Supaya kita tahu apa yang mereka mengerti, sebelum ianya sebati, membentuk pegangan jati diri.

You Might Also Like

0 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”