Tidak tahu dan menyedari diri tidak tahu

10:55:00 PG

Terdapat perbedaan yang jelas antara tidak tahu dan menyedari dirinya tidak tahu.

Contohnya, seorang pelajar perubatan, bijak tentang ilmu perubatan, namun jahil mengenai ilmu agama.

Beliau menyebut, "... aku bukan tahu sangat ilmu agama. Tapi tu kan benda baik. Allahkan suka benda baik. Takkan lah dia nak haramkan menyambut valentine. Yang haramkan ni pak lebai outdated dan ustaz ustazah facebook je.."

Beliau tahu, ilmu agamanya sangat minima. Usah dikira sama ada beliau rajin atau tidak pengajian/kelas agama. Namun, tidak tahu sahaja tidak memadai. Beliau harus sedar, ketidak-tahuannya itu menyebabkan beliau harus berhati-hati membicarakan suatu yang bukan dalam ruang lingkup ilmu yang dimilikinya.

Berbeda dengan menyedari diri tidak tahu. Apabila kita tanyakan berkaitan hal perubatan yang beliau belum pasti, jawapan yang diberikan, "... urmm, aku pernah dengar pasal goodsall rule tu. Pasal fistula ani. Tapi aku lupa macam mana. Nanti aku check balik."

Sedar diri tidak tahu. Buahnya, berhati-hati dalam berbicara.

Re-check. Periksa kembali.

You Might Also Like

0 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”