Jujur

2:07:00 PTG

Usai kerja, singgah sebentar ke restoran di Pilah Perdana untuk menjamu selera.


Sedang menjamah makanan yang baru tiba, datang seorang lelaki. Badannya sedikit gempal, rambut tidak terurus, muka sedikit kusut, berusia mungkin awal 30-an. Tersengih. 

"Bang, boleh minta duit tak?" Beliau menyapa aku.

Aku terpinga-pinga. Siapalah pula orang ini.

"Nak buat apa?" tanya aku.

"Nak pergi Seven sana tu, bang. Nak pergi karaoke,"katanya sambil menunjuk Pusat Karaoke yang berada di simpang jalan, tidak jauh daripada tempat aku makan.

Lagilah pelik.

Jujur benar orang ni.

"Err, kalau nak duit untuk makan, bolehlah saya bagi.." jelas aku.

Dia hanya tersenyum dan beredar ke meja sebelah.

Mungkin beliau mempunyai masalah mental. Namun aku belajar satu hal daripada abang ini. Jangan sesekali menipu. 

Jujurlah.

Salam ramadhan.


You Might Also Like

0 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”