Patah tulang bukan hati

6:28:00 PTG

Contoh foto pemsangan implan Dynamic Hip Screw pada tulang peha (Sumber: Researchgate)


Di katil 12 terdapat seorang pesakit. Usianya telahpun melangkau separuh abad. Beliau dimasukkan ke wad akibat kemalangan jalan raya yang menyebabkan tulang peha beliau patah.

Patah pada tulang peha beliau kami namakan "closed fracture intertrochanteric of right femur".

Bahasa apabila di terjemahkan secara langsung, kepatahan tertutup tulang femur (peha) bahagian intertrochanteric. Macam pelik pula bila diterjemahkan.

Maaflah, tak jumpa ayat yang sesuai.

Apabila terdapat pesakit dengan patah tulang, ia dapat dikategorikan sama ada patah tertutup ataupun terbuka. Patah terbuka bermakna terdapat bahagian kulit yang terluka dan berhubungan dengan bahagian tulang yang patah tersebut. Bagi patah tertutup, hanya tulang sahaja yang patah tetapi kulit tidak mengalami luka yang dapat menghubungkan bahagian tulang patah tersebut dengan kulit yang luka.

Kenapa kami bezakan tertutup dan terbuka?

Antara sebabnya kerana kedua-duanya memerlukan penanganan dan rawatan yang berbeza.

Berbalik kepada kisah pakcik tersebut.

Beliau berketurunan India, namun memeluk agama Islam. Beliau juga mempunyai penyakit kegagalan buah pinggang yang memerlukan cuci darah (hemodylisis) secara rutin.

Oleh kerana sebelum ini beliau mampu berjalan dan pergi ulang alik ke pusat hemodylisis bersendirian; kami memilih untuk melakukan pembedahan memasukkan besi pada tulang beliau.

Usai pembedahan, pesakit memerlukan bantuan kerusi roda untuk bergerak. Ini kerana, tulang yang patah tersebut memerlukan masa untuk sembuh dan menyatu. Sementara beum menyatu, tulang tersebut perlulah direhatkan daripada menerima beban, yang juga akan merosakkan implan besi yang ditanam.

Hari demi hari, tiada keluarga pesakit yang datang melawat. Sedangkan beliau sudahpun berkahwin dan mempunyai anak.

Apabila kami korek cerita daripada beliau, barulah tahu.. Beliau memeluk Islam bersendirian. Anak dan isteri meninggalkan beliau keseorangan dan lari ke Singapura. Beliau tidak mampu berkerja akibat penyakit buah pinggang tersebut dan menerima bantuan bulanan daripada Baitulmal.

Bantuan yang beliau dapat?

Hanya RM 250 sebulan. Sayapun tidak tahu bagaimana beliau boleh survive dengan wang yang sangat-sangat terhad tersebut.
Dapat lihat point yang saya dapat?

- Seorang yang kembali kepada Islam
- Berpenyakit
- Ditinggalkan keluarga
- Berseorangan

Dan yang menariknya, ketika itu isu Zakir Naik sedang popular. Kisah ceramah beliau yang mendapat bantahan daripada sesetengah pihak, mendapat perhatian ramai.

Orang pakat berkongsi rakaman gadis yang memeluk Islam di ceramah beliau.

Semangat.

Namun saya mendapat pelajaran bernilai. Meng-Islam-kan orang merupakan usaha yang mulia dan kita sangat bersemangat akan hal ini. Hati kita mudah tersentuh apabila seorang hamba berjaya kembali kepada fitrah.

Disebalik itu, bagaimana pula nasib sahabat kita ini nanti? Bagaimana sokongan daripada segi sosial, kekeluargaan dan ekonomi di masa hadapan? Kerana cabaran yang besar bagi mereka adalah bagi menghadapi hari-hari yang mendatang.

Saya teringat akan pesanan seorang jawatankuasa sebuah kesatuan mualaf yang mengatakan, ramai orang yang hanya semangat mengambil syahadah daripada sahabat baru, namun selepas itu? Mereka ditinggal keseorangan. Melalui cabaran umpama hilang tempat kerja, tiada kawan, dibuang keluarga, dicaci oleh orang-orang terdekat dan pelbagai lagi.



You Might Also Like

0 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”