Kalau aku bukan doktor, fahamkah aku?

1:25:00 PG

"Doktor,  memang tak ada buat apa-apa ke untuk mak saya? Memang observe sahaja ke?" Soalan yang sering ditanya oleh keluarga pesakit.

Saya diberi peluang untuk bertugas di ICU selama lebih kurang 6 bulan. Majoriti pesakit ICU adalah pesakit yang sangat kritikal.

Apabila ditanyakan soalan di atas, rasa kurang selesa.  Seakan nak marah sahaja. Iyalah, pesakit diberi bantuan pernafasan melalui mesin pernafasan ventilator, setting untuk mengawal pernafasan sentiasa kami kawal melalui ujian darah.  Di sekelilingnya pula terdapat pelbagai jarum dan ubat diberikan kepada pesakit,  termasuklah ubat inotrope yang membantu mengawal tekanan darah, tanpa ubat tersebut tekanan darah akan rendah, aliran darah keseluruh tubuh berkurang, oksigen dan nutrisi yang berkurang akan menyebabkan kegagalan fungsi organ-organ penting dan hasil akhirnya, jantung berhenti dan kematian. Di atas pesakit terdapat monitor yang menampilkan bacaan vitals sign yang dicatat dan dikawal setiap jam. Banyak lagi yang sebenarnya hal basic bagi pesakit ICU.

Oleh itu, apabila ditanya soalan diatas, memang terasa seakan semua yang diberikan tersebut dianggap tiada apa-apa.

Namun, apabila difikirkan kembali, timbul persoalan pada diri ".. jika aku bukan doktor, aku mesti sama tak faham macam orang ni.."

Hal-hal yang bukan bidang kita, pastilah banyak yang kita tidak tahu.

Umpama saya pergi ke galeri seni, menampilkan pameran seni lukisan abstrak seniman ternama.  Mungkin walau secantik mana sekalipun lukisan tersebut,  belum tentu saya dapat menghargainya. Apatah lagi memahami apa yang mahu disampaikan.

Ini kerana, ia bukanlah bidang saya.

Sama jugalah dengan persoalan dalam bidang perubatan. Oleh itu, saya perlu menasihati diri sendiri, jika orang tak tahu, terangkan!

Cuma, kita ada keterbatasan sendiri. Kadang-kadang keluarga pesakit, apabila diterangkan,  belum tentu mereka dapat fahami.  Kadangkala juga, kita tak punyai masa yang panjang untuk memberikan penerangan terperinci bagi setiap pesakit.

Dari itu, di celah keterbatasan yang ada, cariah peluang untuk memahamkan masyarakat.

Kita tak rugi apabila kita memberi.

You Might Also Like

0 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”